Pages

Thursday, May 3, 2018

Novel - Sinopsis

Novel Tingkatan 1 ( Destinasi Impian)



Tema
Novel ini membawa tema(主题) masalah dan konflik seorang remaja yang menghadapi cabaran dalam hidup. Firdaus seorang individu yang berada dalam keadaan dicabar dan mencabar. Bukan mudah untuk menghadapi cabaran dan bukan semua orang suka dicabar. Firdaus seorang anak muda yang dicabar oleh orang yang akrab(熟悉的人) dalam keluarga

Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan(显示) dalam novel ini, antaranya:

i.    Jiwa remaja yang mudah memberontak(一个容易反叛的少年心理)
Contoh: Firdaus seorang anak muda yang cepat mengalah dan tidak tahan menerima cabaran. Akibatnya dia selalu sahaja merungut dan memberontak apabila mengalami kesusahan.

ii.   Keprihatinan dan kemurahan hati terhadap insan lain(对其他人的关心和慷慨。)
Contoh: Johari sentiasa membantu sepupunya apabila ditimpa kemalangan. Beliau cepat-cepat datang memberi bantuan kepada Firdaus dan Azlina ketika jatuh dari basikal.

iii. Keberanian mengharungi rintangan(面临障碍勇气)
Contoh:  Azlina seorang perempuan berumur 16 tahun, pelajar tingkatan 4 sanggup menerima cabaran untuk mengayuh basikal sejauh 50 kilometer. Sebagai seorang pelajar, dia mempunyai daya juang yang tinggi dan penyabar.

iv.  Keinsafan setelah sedar dari kesilapan(在意识到错误后)
Contoh: Firdaus akhirnya menyesal apabila sedar dari melakukan kesilapan. Beliau seorang yang panas baran, pembohong dan bersifat angkuh. Selepas peristiwa lemas di pantai, dia mula sedar dan insaf dari kesalahannya.

v.   Usaha dan kerjasama menghasilkan kejayaan(努力与合作取得了成功)
Contoh: Johari, Firdaus dan Azlina berjaya mengayuh basikal dan sampai ke destinasi Pantai Morib Baru. Mereka berjaya kerana usaha yang gigih dan bekerjasama semasa dalam perjalanan.

Contoh persoalan:
           
            Berdasarkan novel,Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini. Di antaranya, ialah Jiwa remaja yang mudah memberontak.Firdaus seorang anak muda yang cepat mengalah dan tidak tahan menerima cabaran. Akibatnya dia selalu sahaja merungut dan memberontak apabila mengalami kesusahan. Selain itu, Keberanian mengharungi rintangan juga salah satu persoalan dalam novel ini.  Azlina seorang perempuan berumur 16 tahun, pelajar tingkatan 4 sanggup menerima cabaran untuk mengayuh basikal sejauh 50 kilometer. Sebagai seorang pelajar, dia mempunyai daya juang yang tinggi dan penyabar. Persoalan terakhir ialah keinsafan setelah sedar dari kesilapanFirdaus akhirnya menyesal apabila sedar dari melakukan kesilapan. Beliau seorang yang panas baran, pembohong dan bersifat angkuh. Selepas peristiwa lemas di pantai, dia mula sedar dan insaf dari kesalahannya.



Nilai
  • Cinta akan bahasa kebangsaan – Azlina cinta akan bahasa kebangsaan. Dia sanggup memberhentikan basikalnya dan mengambil gambar beberapa papan tanda yang mempunyai kesalahan bahasa. 
  • Keberanian – Mazlinda berani menyelamatkan Firdaus yang kelemasan di lautan.  
  • Keprihatinan – Johari prihatin memberikan bantuan kepada Azlina semasa Azlina luka akibat terjatuh dari basikalnya. 
  • Bertanggungjawab – Johari dan Azlina rasa bertanggungjawab untuk mengubah tingkah laku dan pemikiran Firdaus agar menjadi lelaki yang sejati. 
  • Semangat setia kawan – Rakan-rakan Firdaus sanggup mendirikan khemah di Pantai Morib bagi menyambut Firdaus yang telah berjaya menghabiskan kayuhannya.
    Contoh Nilai :

            Berdasarkan novel,Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini terdapat beberapa nilai dipaparkan dalam novel ini. Di antaranya, nilai  cinta akan bahasa kebangsaan .Azlina cinta akan bahasa kebangsaan. Dia sanggup memberhentikan basikalnya dan mengambil gambar beberapa papan tanda yang mempunyai kesalahan bahasa. Seterusnya, nilai kedua ialah nilaibertanggungjawab. Johari dan Azlina rasa bertanggungjawab untuk mengubah tingkah laku dan pemikiran Firdaus agar menjadi lelaki yang sejati. Nilai terakhir dalam movel ini  ialah nilai semangat setia kawan . Rakan-rakan Firdaus sanggup mendirikan khemah di Pantai Morib bagi menyambut Firdaus yang telah berjaya menghabiskan kayuhannya.


Pengajaran

·         Kita janganlah mempunyai perasaan hasad dengki dalam diri.
·         Kita janganlah menghina sesama sendiri.
·         Kita hendaklah berani menyahut cabaran.
·         Kita haruslah insaf atas kesalahan yang telah kita lakukan.
·         Kita janganlah berdendam terutamanya kepada adik-beradik.
·         Kita janganlah bercakap bohong.

Contoh pengajaran:

Berdasarkan novel, Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini terdapat beberapa pengajaran dipaparkan dalam novel ini. Diantaranya ialah kita hendaklah berani menyahut cabaran. Azlina seorang perempuan berumur 16 tahun, pelajar tingkatan 4 sanggup menerima cabaran untuk mengayuh basikal sejauh 50 kilometer. Sebagai seorang pelajar, dia mempunyai daya juang yang tinggi dan penyabar. Selain itu, kita haruslah insaf atas kesalahan yang telah kita lakukan.Firdaus akhirnya menyesal apabila sedar dari melakukan kesilapan. Beliau seorang yang panas baran, pembohong dan bersifat angkuh. Selepas peristiwa lemas di pantai, dia mula sedar dan insaf dari kesalahannya. Pengajaran terakhir dalam novel ini ialah kita hendaklah prihatin dan murah hati terhadap insan lain. Johari sentiasa membantu sepupunya apabila ditimpa kemalangan. Beliau cepat-cepat datang memberi bantuan kepada Firdaus dan Azlina ketika jatuh dari basikal.



Watak dan Perwatakan

 Firdaus  (watak utama)
·         Tingkah laku agak keperempuanan.- seorang yang agak lembut perwatakannya kerana hanya dia seorang anak lelaki dalam keluarganya
·         Seorang yang gemar duduk di rumah berbanding dengan melakukan aktiviti luar- Firdaus beria-ia mahu pulang ke rumah dan tidak mahu meneruskan racangan mereka untuk berbasikal ke Morib.
·         Selalu dimanjakan- Dia dimanjai dan segala kemahuannya dituruti oleh ibu bapanya memandangkan sebelum ini ibu bapa mereka mempunyai empat orang anak perempuan sebelum memiliki Firdaus.
·         Suka berdendam- Firdaus mendendami adiknya, Azlina. Dia langsung tidak membantu Azlina yang tercedera.

Azlina  ( watak sampingan)
·         Olahragawati Sekolah Menengah Kapar- Azlina yang merupakan olahragawati Sekolah Menengah Kapar kelihatan aktif dan tidak letih meneruskan kayuhan
·         Suka mengejek  Firdaus- Azlina selalu menyindir Firdaus bagi merangsang Firdaus untuk berubah menjadi lelaki yang gagah. Azlina mengejek Firdaus kerana dia mahukan seorang abang yang sememangnya seorang lelaki.
·         Seorang yang kuat semangat- Azlina yang kelihatan cergas dan gembira walaupun mereka telah mengayuh selama empat jam setengah.
·         Suka akan cabaran- Azlina dan Firdaus menyahut cabaran datuk mereka untuk berbasikal ke Morib.

 Contoh watak utama

Berdasarkan novel, Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini watak utama dalam novel ini ialah Firdaus. Dia merupakan seorang yang bertingkah laku agak keperempuanan. Dia seorang yang agak lembut perwatakannya kerana hanya dia seorang anak lelaki dalam keluarganya. Dia juga seorang yang gemar duduk di rumah berbanding dengan melakukan aktiviti luar. Firdaus beria-ia mahu pulang ke rumah dan tidak mahu meneruskan racangan mereka untuk berbasikal ke Morib. Selain itu dia seorang yang selalu dimanjakan,Dia dimanjai dan segala kemahuannya dituruti oleh ibu bapanya memandangkan sebelum ini ibu bapa mereka mempunyai empat orang anak perempuan sebelum memiliki Firdaus. Akhirnya, dia seorang yang suka berdendam,Firdaus mendendami adiknya, Azlina.Dia langsung tidak membantu Azlina yang tercedera.

Contoh watak sampingan / kegemaran

            Berdasarkan novel, Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini watak sampingan/watak kegemaran saya dalam novel ini ialah Azlina. Dia merupakan seorang atlek sukan, Azlina merupakan  olahragawati Sekolah Menengah Kapar kelihatan aktif dan tidak letih meneruskan kayuhan. Dia seorang yang suka mengejek  Firdaus, Azlina selalu menyindir Firdaus bagi merangsang Firdaus untuk berubah menjadi lelaki yang gagah. Azlina mengejek Firdaus kerana dia mahukan seorang abang yang sememangnya seorang lelaki.Bukan itu shaja, dia juga seorang yang kuat semangat.Azlina yang kelihatan cergas dan gembira walaupun mereka telah mengayuh selama empat jam setengah.Akhirnya dia seorang yang suka akan cabaran.Azlina dan Firdaus menyahut cabaran datuk mereka untuk berbasikal ke Morib.

No comments:

Post a Comment